Wednesday 22 June 2016

MODAL YANG DIBENARKAN DAN MODAL BERBAYAR UNTUK SYARIKAT SDN BHD

MODAL YANG DIBENARKAN DAN MODAL BERBAYAR UNTUK SYARIKAT SDN BHD

Modal yang Dibenarkan
Modal minimum yang dibenarkan ialah  RM400,00 dengan nilai par sebanyak RM1 untuk setiap saham. Modal yang dibenarkan ialah modal yang dibenarkan untuk melabur di dalam sesebuah syarikat. Modal yang dibenarkan bukan jumlah wang yang perlu ada di dalam akaun bank. Ia bermaksud tahap maksimum modal atau saham di dalam sesebuah syarikat. Modal yang dibenarkan boleh dinaikkan dari semasa ke semasa sehingaa RM500,000, RM1,000,000 dan seterusnya.

Modal Berbayar
Modal berbayar ialah jumlah wang yang perlu ada di dalam akaun bank syarikat. Jumlah minimum modal berbayar ialah RM2 sehingga mencecah tahap modal yang dibenarkan sesebuah syarikat.

Contoh : Syarikat ABC telah menetapkan modal yang dibenarkan untuk syarikatnya ialah sebanyak RM400,000. Pemegang-pemegang saham Syarikat ABC telah melabur sebanyak RM2,500 untuk kali yang pertama. RM2,500 ialah jumlah duit yang telah ada di dalam akaun bank Syarikat ABC selepas pelaburan kali pertama. Oleh itu, baki jumlah modal yang boleh dilabur oleh Syarikat ABC di masa hadapan hanya tinggal RM397,500. Sekiranya jumlah duit di dalam akaun bank syarikat telah mencecah RM400,000 dan pemegang saham masih mahu melabur sejumlah wang, Syarikat ABC perlu menaikkan Modal yang Dibenarkan ke RM500,000.













Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang

Rehat : 1 petang – 2 petang

PAKEJ UNTUK PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD

PAKEJ UNTUK PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD (RM2,500)

Pakej tersebut termasuk proses lengkap penubuhan syarikat dari serah simpan Borang 13A untuk carian nama sehingga penubuhan dan resolusi untuk membuka akaun bank, dan termasuk 5 set dokumentasi yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.

Dokumen dan informasi yang diperlukan adalah :

         i.  Fotostat kad pengenalan atau passport Pengarah (sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah)
       ii.  Alamat Pengarah terkini.
      iii.  3 cadangan nama Syarikat mengikut keutamaan.
     iv.  3 aktiviti utama perniagaan
       v.  Modal berbayar & peratus setiap modal mengikut pemegang saham.
     vi.  Bank

Yuran bulanan setiausaha syarikat
Kami menawarkan yuran bulanan Professional yang sangat rendah iaitu di bawah kadar piawaian Malaysian Association Of Institute of Chartered Secretaries and Adminitrastors (MAICSA)







Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang
Rehat : 1 petang – 2 petang

Sabtu & Ahad : Tutup

CARA-CARA MENDAFTAR SYARIKAT SDN BHD

CARA-CARA MENDAFTAR SYARIKAT SDN BHD

1)      Beri 3 nama yang disukai. Jika nama bukan daripada nama Pengarah syarikat itu sendiri, sertakan sekali maksud setiap nama tersebut. Jika nama pertama gagal untuk didaftarkan, nama kedua dan seterusnya akan digunakan. Dalam masa 24 jam, carian nama akan dibuat mengikut keutamaan.

2)      Fotostat kad pengenalan dua orang Pengarah. Sekiranya Pengarah 3 orang atau lebih, sertakan sekali fotostat kad pengenalan semua Pengarah tersebut.

3)      Pendaftaran Syarikat akan mengambil masa 7hari. Setelah carian nama diluluskan, Pengarah perlu datang ke premis untuk menandatangani resolusi Pengarah untuk menetapkan Pengarah, Setiausaha, Pengerusi, Auditor, Cap Mohor(Common Seal), Alamat Syarikat dan Financial Year End untuk Penyata Kewangan syarikat . Selepas itu, proses pendaftaran dan penubuhan selesai.














Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang
Rehat : 1 petang – 2 petang
Sabtu & Ahad : Tutup

PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD


PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD
Syarikat Sdn Bhd ialah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat Sdn Bhd mempunyai banyak kelebihan berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian.

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD
1)      Tiada tarikh luput syarikat

Jangka hayat syarikat SDN BHD tidak sama seperti Milikan Tunggal dan Perkongsian. Syarikat SDN BHD tidak mempunyai tarikh luput dan akan kekal sehingga syarikat tersebut muflis atau tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dan Akta Syarikat 1965 yang boleh digugur taraf oleh pihak SSM. Ia berbeza dengan Milikan Tunggal di mana syarikat tersebut akan terhapus sekiranya pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia.

2)      Liabiliti terhad
Liabiliti ialah hutang syarikat atau beban. Liabiliti Syarikat SDN BHD hanya terhad kepada jumlah saham yang dilabur oleh pemegang saham. Contohnya jika syarikat mengalami kerugian, beban pemegang saham hanya terhad kepada jumlah saham yang dilabur di dalam syarikat tersebut. Ia merupakan satu kelebihan kepada pemegang saham untuk mengelakkan muflis atau bankrupt.

3)      Lebih teratur
Akta Syarikat 1965 menetapkan setiap syarikat SDN BHD mempunyai seorang atau lebih setiausaha syarikat. Antara tugas setiausaha syarikat ialah menasihati Pengarah di dalam setiap mesyuarat, memastikan kelancaran setiap mesyuarat, memastikan syarikat mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Akta Syarikat 1965 dan memastikan Statury Books dan Statutory Register di semak dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, Syarikat SDN BHD lebih teratur berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian.


4)      Boleh dipindah milik
Syarikat SDN BHD boleh dipindah milik ke pemilik yang lain. Ia adalah antara salah satu kelebihan yang paling ketara berbanding Milikan Tunggal dan Perkongsian. Jika pemegang saham yang sedia ada tidak lagi mahu mempunyai apa-apa liability terhadap syarikat tersebut, dia boleh memindah milik kepada orang lain dengan memindahkan sahamnya kepada pemegang saham yang baru. Oleh itu, jangka hayat syarikat akan berterusan sehingga tidak ada lagi asset di dalam syarikat atau syarikat ditutup secara sukarela atau ditutup oleh pihak SSM.

5)      Pelbagai cara untuk mendapatkan modal
Pinjaman daripada mana-mana bank atau institusi kewangan adalah dibenarkan untuk Syarikat SDN BHD. Selain itu, pemegang-pemegang saham boleh menambah modal syarikat pada bila-bila masa dengan persetujuan semua pemegang saham.



Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Telefon : 03-5512 7515
Bizworld Centre, Lot 7, Kompleks KPPMS. Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 5 petang
Rehat : 1 petang – 2 petang

Sabtu & Ahad : Tutup